Friday, December 03, 2004

Unexpected Majlis Hari Raya.....

Today Majlis hari raya kementerian pertanian dan industri asas tani malaysia a.k.a tempat aku bekerja la tu..berbatik aku arini,sebab aku takde baju melayu untuk dipakai.so ada option pakai baju batik aku pakai jer la...baju yg dibeli kat kamdar malam semalam...bertuah betul aku hari ni,selain berkesempatan untuk menyertai majlis hari raya kementerian ni , majlis ni turut diserikan dengan kedatangan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, PM yg kita sayangi... Menteri Pertanian a.k.a bigboss aku ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin..ramai jugak org datang, seluruh Malaysia yg mewakili jabatan pertanian masing2 disetiap negeri....PM datang pukul 1130, sempat ambil gambar dia masa tgh potong daging rusa tu ditemani Tan Sri..cume tak sempat nak bersalam dengan dia.seronok dapat bertemu Pak Lah secara dekat, sebab selama ni tgk kat tv jer...
Mcm2 juadah dihidangkan, sampaikan aku tak sempat nak jamah semuanya..member2 lain amik mkann terus bawak ke bilik makan kat sane..kat luar ramai sangat org..aku tengok ada orang tu 'jadik' makan otak-otak jer..memang pulun abih benda tu,memang gemar agaknye..yg aku ni pulun sate jer..sate sate sate..tu yg aku tau,kalo ada menda tu dalam majlis memang tu aku 'sebat' dulu..
Majlis ni memang istimewa betul, nak2 org seperti aku ni baru masuk...memang kire bertuah la aku..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home